Saturday, 12 March 2011

makaroni sempoi

emmm...perut lapar, tapi barang tak de menda, orai,,,jangan pening kan kepala.. ade telur, makaroni, cili boh..jadilah..jum kita masak makaroni cincai sempoi..ala-ala western gitu..huhu 




Bahan-bahan ( 2 orang )

  • Makaroni (yang telah direbus)
  • 1 biji bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 biji telur
  • 1 batang fish cake (yang telah dipotong-potong nipis)
  • 2 sudu cili boh @ giling
  • Kicap manis
  • Garam & gula

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan kisar ke dalam kuali. Tumiskan sehingga warna kekuningan dan naik bau.
  2. Masukkan 2 sudu besar cili boh. Tumis sehingga lada masak.
  3. Masukkan sedikit gula untuk membantu memasak lada
  4. Masukkan sedikit air dan sedikit kicap manis. Teruskan menumis
  5. Masukkan fish cake yang telah dipotong dan 1 biji telur. Tumis sehingga semua bahan masak
  6. Tambahkan garam secukup rasa
  7. Masukkan makaroni yang telah direbus dan gaul sebati. Bolehlah merasa dan tambah apa-apa yang kurang. Siap!!  
  • p/s : kalau nak ganti fish cake tu ngan hot dog ataupun daging/ayam yang dipotong kecil bleh jgk 

kailan ikan masin

ha...sekarang jum kita masak sayur plak...sayur yang paling terfevret korg sayur ape? taugeh? bendi? ulam raja? tak tak tak..cer teka kte nk msk pe?..haaa...kita sekarang nak masak kailan ikan masin..huhu





Bahan-bahan 

  • sayur kailan-dipotong
  • 1 keping ikan tenggiri masin(yang dijeruk dlm botol)-potong kecik2
  • 1 sd(k) air dr botol ikan masin td
  • 1 bj bwg besar-dimayang bulat
  • 1 inci halia-diketuk
  • bwg putih-diketuk
  • 1 sd(b) sos tiram
  • 1 sd(b) sos ikan
  • sedikit air asam limau nipis
  • myk untuk menggoreng

Cara-cara

  1. panaskan myk.tumis ikan masin tenggiri td hingga naik bau
  2. kemudian tumis bwg putih,bwg besar dan halia.masukan sos tiram.
  3. masukkan sayur dan tambah air dr botol ikan masin td,masukkan sos ikan kacau rata.
  4. masukkan sdkt air-2 sd(b).biarkan seketika.angkat
  5. dlm pinggan tabur sdkt lada sulam dan perah air asam limau td

hari ni kita nak masak tomyam...kalau sebut je tomyam mesti mesti terbang ke Thailand...sebab ape? kerana thailand terkenal dengan tomyam nya yang pekat, pedas dan sedap...wah, dah terkua air liur neh...hehehe

tom yam

hari ni kita nak masak tomyam...kalau sebut je tomyam mesti mesti terbang ke Thailand...sebab ape? kerana thailand terkenal dengan tomyam nya yang pekat, pedas dan sedap...wah, dah terkua air liur neh...hehehe



Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - bersihkan dan potong kecil-kecil
6 cawan air
1 sudu teh garam
3 akar ketumbar - ditumbuk
2 batang serai - dititik dan dipotong
10 tangkai cili akar - belah 2, buang biji jika tidak mahu pedas
6 helai daun limau purut - dicarik-carik
2 camca besar pes cili
3 camca besar sos ikan
3 camca besar jus limau nipis
1 tangkai daun ketumbar - dicincang kasar
3 helai daun pudina - dihiris serong

Cara Penyediaan :
Masukkan ayam, air dan garam ke dalam periuk. Panaskan hingga mendidih. Biarkan mereneh sehingga ayam empuk.

Masukkan semua bahan yang lain kecuali daun ketumbar dan daun pudina. Masak selama 3-4 minit. Tutup api.

Tabur daun ketumbar dan daun pudina sebelum dihidang.