Tuesday 15 March 2011

Daging Bakar dgn Air Asam

Fuhh...dengar je pn dah terangkat selera ni...ape lagi, jum try...



Bahan-bahan 

  • 1/2 kilo daging - hiris mcm nak buat stik
  • Garam kunyit - utk gaul dgn daging tu
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 inci halia
  • 2 batang serai
  • 2 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1/2 cwn santan pekat
  • 2 sudu besar air asam jawa

Cara-cara

  1. Gaul daging dengan garam kunyit tadi
  2. Giling / tumbuk / blend bawang, lada, jintan, serai halia sampai jadi paste / lumat
  3. Gaulkan dengan daging tadi
  4. Masukkan santan, air asam jawa, gula dan rasakan garam gula
  5. Perap sebentar (1/2 jam - 1 jam) sebelum dibakar
  6. Bakar atas dapur arang mcm buat percik tu
  7. Guna serai utk percik bhn perap atas daging semasa di bakar
  8. Bila masak, hiris dan hidang
  9. It goes well with air asam yang ada banyak tomato tu 

tambahan : cara nak buat air asam

2 biji bawang putih 
1/2 biji bawang besar 
sedikit belacan 
cili api (ikut ska)-ikut nak pedas mcmne
sedikit air asam jawa 
tomato (dipotong dadu)
gula dan garam secukup rasa

cara : bakar sekejap bawang putih, bawang besar dan belacan. 
lepas tu, potong kecil bawang-bawang.
campurkan semua. caip... 

p/s : kalau nak ganti air asam tu dgn perahan limau kasturi pun bleh.lagi sedap,huhu

0 comments:

Post a Comment