Terima Kasih sudi jenguk ke Blog saya...
Kat sini boleh dapat macam-macam resipi yang sedap tapi ringkas....
Jom la jenguk-jenguk.....
Macam-macam ada...Enjoy....!!!
Bau ikan air tawar selalunya kurang menyenangkan. bagi menghilangkan bau hanyir tersebut, caranya mudah.Ambil sebiji lemon dan diperah airnya. gaul bersama ikan dan biarkan sehingga 5-10 minit..Bukan sahaja bau hanyir akan hilang, malah hasilnya akan bertambah sedap.. Selain lemon, boleh juga guna asam jawa..
Cara membersihkan telur pecah...
Agak sukar untuk membrsihkan telur pecah kerana ia melekit Oleh itu, taburkan garam ke atas telur dan biarkan selama beberapa minit, kaup telur tersebut dengan menggunakan kertas tisu..
Ikan kembong biarlah yang segar dan besar di belah belakang di patahkan tulang dan kikis isinya,buang semua tulang dan isinya ditumbuk. Contoh boleh tengok mcm gambar diatas...
Serai, bawang, lada hitam ditumbuk begitu juga kelapa parut dan gaul bersama isi ikan, gaul kan dengan daun kesum yang dihiris halus kalau suka boleh letak cili hiris.
Jangan lupa letakkan garam, kalau suka bahan perasa atau sedikit gula.
Sumbatkan kembali isi kedalam kulit ikan tadi, bentukkan cantik2 macam ikan dan bolehlah digoreng
0 comments:
Post a Comment