Sunday 27 March 2011

Resepi Ikan Siakap Kukus Mudah

Okeh hari ni kita masak Ikan Siakap Kukus.....




Mula-mula sekali dapatkan bahan-bahan seperti kat bawah ni....

1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
1 tangkai cili merah – dimayang halus
4 cm halia – dimayang halus
3 ulas bawang putih – dimayang
½ biji limau nipis
garam secukup rasa

Dah dapat semua bahan-bahan seperti kat atas tue..so kita dah boleh stat memasak... Jom....!!!

Mula-mula mesti la kena cuci ikan siakap tu dulu  dan belah dua jangan sampai putus pulak... kemudian  lumur garam dan gula....
Tuang ketiga-tiga sos tadi.
Masukkan ikan dalam pinggan tahan panas, tabur bahan yang dimayang tadi.
Kukus hingga masak anggaran selama 10 minit. Tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.

Dah siap ... jom kite makan dulu.... nyum nyum.....


TIPS HARI INI : Kalo  gi pasar.. terbeli ikan yang sudah lama..but nak buang membazirkan ...so kita boleh guna petua ni untuk hilangkan bau ikan tue....


1. Mula-mula sekali tumbuk kunyit hidup hingga lumat dan lumurkan pada ikan cukup-cukup.

2. Kemudian rebus ikan tadi bersama daun kunyit.

3. Hasilnya bukan sahaja hilang bau, tapi lebih enak jadinya.

Roti Sardin Goreng

Solok ikan..

Solok Ikan.. 
    • 4 ekor ikan kembong
    • 2 batang serai
    • 3 ulas bawang merah
    • segenggam kelapa parut putih
    • 1/2 sudu lada hitam
    • beberapa helai daun kesom

    Cara-cara





    1. Ikan kembong biarlah yang segar dan besar di belah belakang di patahkan tulang dan kikis isinya,buang semua tulang dan isinya ditumbuk. Contoh boleh tengok mcm gambar diatas... 
    2. Serai, bawang, lada hitam ditumbuk begitu juga kelapa parut dan gaul bersama isi ikan, gaul kan dengan daun kesum yang dihiris halus kalau suka boleh letak cili hiris.
    3. Jangan lupa letakkan garam, kalau suka bahan perasa atau sedikit gula.
    4. Sumbatkan kembali isi kedalam kulit ikan tadi, bentukkan cantik2 macam ikan dan bolehlah digoreng

    Resepi Puding Jagung ( JeBateja 9 )

    Tuesday 15 March 2011

    Daging Bakar dgn Air Asam

    Fuhh...dengar je pn dah terangkat selera ni...ape lagi, jum try...



    Bahan-bahan 

    • 1/2 kilo daging - hiris mcm nak buat stik
    • Garam kunyit - utk gaul dgn daging tu
    • 4 ulas bawang putih
    • 2 ulas bawang merah
    • 1 inci halia
    • 2 batang serai
    • 2 sudu teh jintan manis
    • 1 sudu teh lada hitam
    • 1/2 cwn santan pekat
    • 2 sudu besar air asam jawa

    Cara-cara

    1. Gaul daging dengan garam kunyit tadi
    2. Giling / tumbuk / blend bawang, lada, jintan, serai halia sampai jadi paste / lumat
    3. Gaulkan dengan daging tadi
    4. Masukkan santan, air asam jawa, gula dan rasakan garam gula
    5. Perap sebentar (1/2 jam - 1 jam) sebelum dibakar
    6. Bakar atas dapur arang mcm buat percik tu
    7. Guna serai utk percik bhn perap atas daging semasa di bakar
    8. Bila masak, hiris dan hidang
    9. It goes well with air asam yang ada banyak tomato tu 

    tambahan : cara nak buat air asam

    2 biji bawang putih 
    1/2 biji bawang besar 
    sedikit belacan 
    cili api (ikut ska)-ikut nak pedas mcmne
    sedikit air asam jawa 
    tomato (dipotong dadu)
    gula dan garam secukup rasa

    cara : bakar sekejap bawang putih, bawang besar dan belacan. 
    lepas tu, potong kecil bawang-bawang.
    campurkan semua. caip... 

    p/s : kalau nak ganti air asam tu dgn perahan limau kasturi pun bleh.lagi sedap,huhu

    Sunday 13 March 2011

    Bubur ayam

    anda demam? atau tidak sihat? tiada selera makan?... haa,,,jangan risau sebab hari ni kita nak masak makanan yang selain boleh dimakan setiap waktu, malah ianya cukup terkenal dengan makanan " orang yang kurang sihat, dalam erti kata lain, sakit..tak kirelah kat hospital ke kt rumah..." ( macam iklan la plak,,hehehe )...moh kte...p/s : orang yang tak sihat pun bleh makan jgk...huhu



    Bahan-bahan 

    • 1 1/2 cwn beras (lebih kurang 250gm)
    • 1 1/2 inci halia di ketuk / titik
    • 2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
    • 300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
    • sedikit garam
    • 1 liter air
    • * GARNISH *
    • lada merah
    • daun bawang n daun sup
    • sedikit mninyak bijan
    • * AKSESORI TAMBAHAN *
    • ikan bilis n kacang digoreng
    • lada jeruk
    • telur masin

    Cara-cara

    1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
    2. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. 
    3.  Masak bubur ikut suka lembut mcmmana yang kita nak.
    4. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
    5. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap....
    6. Bubur mcm simple tp rasanya agak berbeza dan unik... dan juga sedap...

    Saturday 12 March 2011

    sambal udang dgn petai

    jeng jeng jeng...jum kita jenguk-jenguk kampung,,,kali ni kita nak masak sambal udang dengan petai...
    cer try,,,

    Bahan-bahan 

    • 20 ekor udang sederhana besar (dibersihkan)
    • 1 1/2 papan petai (dikopek dan dibersihkan)
    • *3 ulas bawang merah
    • * 2 ulas bawang puti (*ditumbuk /blend)
    • 2 sb cili giling/boh
    • sedikit belacan (dibakar seketika)
    • 1/4 buku kiub pati bilis
    • sedikit air asam jawa 
    • sedikit air panas
    • secubit garam / gula (secukup rasa)

    Cara-cara

    1. Tumis bahan kisar,belacan dan cili giling hingga pecah minyak.~sehingga cili masak
    2. Masukkan kiub pati bilis dan air asam jawa.kacau rata
    3. masukkan udang dan petai.Kacau sebati.Tambah sedikit air utk bagi tumisan sedikit basah / lebihkan air jika mahu sedikit berkuah.
    4. Perasakan dengan secubit garam dan gula...Sedia dihidang.