Sunday 27 March 2011

Resepi Ikan Siakap Kukus Mudah

Okeh hari ni kita masak Ikan Siakap Kukus.....




Mula-mula sekali dapatkan bahan-bahan seperti kat bawah ni....

1 ekor ikan siakap sederhana besar
3 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
2 susu besar sos tomato
1 sudu gula
1 tangkai cili merah – dimayang halus
4 cm halia – dimayang halus
3 ulas bawang putih – dimayang
½ biji limau nipis
garam secukup rasa

Dah dapat semua bahan-bahan seperti kat atas tue..so kita dah boleh stat memasak... Jom....!!!

Mula-mula mesti la kena cuci ikan siakap tu dulu  dan belah dua jangan sampai putus pulak... kemudian  lumur garam dan gula....
Tuang ketiga-tiga sos tadi.
Masukkan ikan dalam pinggan tahan panas, tabur bahan yang dimayang tadi.
Kukus hingga masak anggaran selama 10 minit. Tabur hirisan daun sup tadi dan perah limau diatasnya.

Dah siap ... jom kite makan dulu.... nyum nyum.....


TIPS HARI INI : Kalo  gi pasar.. terbeli ikan yang sudah lama..but nak buang membazirkan ...so kita boleh guna petua ni untuk hilangkan bau ikan tue....


1. Mula-mula sekali tumbuk kunyit hidup hingga lumat dan lumurkan pada ikan cukup-cukup.

2. Kemudian rebus ikan tadi bersama daun kunyit.

3. Hasilnya bukan sahaja hilang bau, tapi lebih enak jadinya.

0 comments:

Post a Comment